Life is like a camera ~~~
Focus on what's important....
Capture the good times....
Develop from the negatives...
And if things don't work out,
Take another shot ~~~~
Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Wednesday, December 2, 2015

Kampung Sasak 'SADE' Lombok

ok kita sambung balik dari sini 2nd day Lombok . Lepas dah ke pantai KUTA, kami ke kampung suku sasak 'SADE' untuk melihat tradisi suku sasak di pulau lombok. Kampung Sade terletak di Desa Rimbitan, Kecamatan Pujut, Kabupaten Lombok Tengah. Sampai sahaja disini, dah ada guide yang tunggu. Diorang yang akan beri penerangan dan bawa kita pusing kampung. Bayaran seikhlas hati nak kasi berapa :). Dari penerangan yang di berikan, suku sasak adalah suku asli di pulau lombok ini. Selain Kampung Sade,  ada tiga desa yang masih mempertahankan budaya Suku Sasak, iaitu di Desa Bayan, Sade, dan Rambiten. Yang famous adalah Sade. Rambiten lebih dekat kalau dari Mataram. Kami cuma perdi Sade. Meh tengok gambar dulu.
 


Ini masa kami sampai, diorang tengah menari ke berlawan ke tak pasti tetapi di iringi dengan muzik. Menurut guide kami, pertunjukan ini bagi mencari siapa kuat. Sedikit info tentang tarian tersebut:

Tandang Mendet. Tandang Mendet adalah tarian perang Suku Sasak. Konon Tarian ini telah ada sejak zaman Kerajaan Selaparang. Tarian yang menggambarkan keperkasaan dan perjuangan ini dimainkan oleh belasan orang dengan berpakaian dan membawa alat-alat keprajuritan lenggap; kelewang (pedang), tameng, tombak. Tarian diiringi dengan hentakan gendang beleq serta pembacaan syair-syair perjuangan.

Ok, now dah selesai tengok persembahan mereka, kami dibawa mengelilingi kawasan kampung sasak ini... disini masih mengekalkan keaslian rumah kaum sasak sendiri.
 

ini tour guide yang bawa kami pusing kampung.


                          cara masyarakat sini cari pendapatan dengan tenunan kain


                                   keadaan dalam salah sebuah rumah sasak
 
Hokay, dah selesai kita pusing2...lapar balik lak perut ni..hari pun dah nak malam maka kami pun balik hotel je la p makan dekat CFC ala2 KFC :) Jalan kaki je dari hotel.
 


 
Selesai makan time tu sleep. esok mau ke pulau pula..naik boat. kene bangun awal. Next story continue Pulau Gili Trawangan pula for 3rd day lombok.

Thursday, November 19, 2015

2nd day in LOMBOK

Entry ni sambungan dari sini Lombok 1st day ok pada hari ini kami dibawa ke kedai jewellery. Katanya mau tengok mutiara laut asli. Tak ingat nama kedai apa. Lupa nak snap gambar. Lepas tu kami pergi tempat orang buat barang dari tanah liat (betul ke...hehe). Disini kami beli sikit souvenir bawa balik.





 
Lupa pula nak snap gambar souvenir yang berlambak. Maklumla tengah leka memilih nak beli yang mana..huhu :) Selesai di tempat ini, kami di bawa ke kedai tenun kain. Ha jangan tak tau perempuan di lombok kena pandai tenun kain kalau mau kahwin...kalau tak pandai tak boleh kahwin..gitu..


 
                                           Tekun en.suami mendengar penjelasan..:p

 
                                             Anak-anak kusyuk tengok apa orang tu buat.



                                        Ini adalah baju tradisi perkahwinan diorang. :)

Ok..dah selesai cuci mata dan lebur duit di sini, perut pun dah berdondang sayang. Apa lagi makan la. Di Lombok makanan halal senang didapati kerana majoriti penduduk disini islam berbanding di Bali. Saya tak ingat apa nama restaurant ni. bedal je...hehe


 
 
Selesai makan kami pergi berjalan di Pantai Kuta pula...jangan ingat Bali je ada Kuta. Lombok pun ada, lagi bersih dari Bali ;) Meh tengok gambar ye..




 
 
Ha cantik tak pantai...pasir di pantai ni kasar2 dan putih. Tenggelam kaki jalan kt pasir dia.. berbeza pula pasir di senggigi tempat penginapan kami, pasirnya halus dan hitam. Ok, selesai cuci mata di sini, kami pergi melawat ke kampung sasak pula. Yang ini kita cerita next entry ye. kampun sasak, lombok sekian..:)

Thursday, November 5, 2015

Menarik di PEKAN BARU

Sambungan dari entry sini pekanbaru 1
tengok gambar jap..lawat ke tempat rekreasi. Tak ingat nama tempat ni apa.hehe











Antara Tempat menarik yang boleh dilawati di pekanbaru :

1. Riau Cultural Centre – Terletak di Jalan Diponegoro Pekanbaru.
2. Danau Buatan Lembah Sari Recreational Park
3. Alam Mayang recreational park
4. Sang Nila Utama Museum
5. An-Nur Great Mosque
6. Alam Mayang Fishing Garden About 8 km from downtown and located in H. Imam Munandar street
7. Museum and Cultural Garden of Riau
8. Lake Limbungan
9. Labersa waterpark & theme park @ riau fantasi

Ok so story kami keesokan harinya pergi mandi manda di Labersa waterpark & theme park. Pergi mandi je..tempat main tak masuk pun maklumla bawa anak kecil yang suka main air je. Tempatnya besar tapi macam tak ramai pengunjung masa kami datang. Boleh kira berapa orang yang ada..





 

 
 


Aksi sementara tunggu pak supir tak muncul2...haha


Ni antara tempat Shoping di Pekanbaru:

- Ramayana dan Plaza Sukaramai
- Dekranasda Riau
- Pasar Bawah (Bawah Market)
- Senapelan Plaza
- SKA Mall
- Citra Plaza
- Ciputra Seraya Mall

di pasar bawah harga boleh tawar dan murah juga barang yang dijual. Ramayana pun banyak juga barang tapi tempat shoping diorang macam tak ada aircond la pulak.. panas..hehe.. ok ini saja story saya. harap dapat membantu serba sedikit sesiapa yang ingin ke sana. :)

Wednesday, November 4, 2015

PEKAN BARU INDON 1-4 MAY 2014

Pekan baru? ada apa kt sini. tak study pun ada apa kat sini.. kita redah je sebab tike AA murah..hahaha...sebelum pergi, macam biasa kami cari hotel thru agoda je. Survey2, book terus bayar je...kami menginap di Grand zuri hotel. Hotel ni dekat dengan pelbagai kemudahan. Jalan kaki sekeliling je nak makan.. :) Travel kali ni memang tak ada booking supir awal2 pun..bila sampai di airport, tanya di kaunter imigration jauh ke tidak hotel kami ni..haha. Kata pegawai tu tak jauh sekitar 70,000rupiah kalau tak silap dengar la, naik teksi. Ok. so cari teksi di luar dan terus ke hotel :) 15 minit je pun.. :) Hari first tak ada jalan mana. Hanya swiming dan jalan sekeliling hotel.


















 

Ha..nampak tak anak-anak seronok bermain? ni dalam shoping complex sebelah hotel..hari first bagi diorang hapy dulu main game...

Tiba hari kedua pula, nak g mana ni? pergi dekat reception hotel, suruh carikan supir untuk bawa kami pergi jalan2 sekitar...selesai :) Tempat yang sempat di lawati, meh tengok gambar je ye :)


















Anjung seni idrus tintin lebih kurang macam istana budaya kot... Tak dapat masuk sebab time kami pergi diorang cuti baru lepas pilihanraya. Lepas tu pergi ke Masjid An-Nur pekanbaru. Besar masjid diorang..Sebenarnya di pekanbaru ni banyak juga la tempat yang boleh dilawati. Dari sini juga boleh pergi ke bukit tinggi tapi mengambil masa selama 7 jam dengan kereta.

Ok la nanti I update lagi gambar di pekan baru on next entry ye...selamat bercuti :p menarik di pekan baru