Life is like a camera ~~~
Focus on what's important....
Capture the good times....
Develop from the negatives...
And if things don't work out,
Take another shot ~~~~

Thursday, November 19, 2015

2nd day in LOMBOK

Entry ni sambungan dari sini Lombok 1st day ok pada hari ini kami dibawa ke kedai jewellery. Katanya mau tengok mutiara laut asli. Tak ingat nama kedai apa. Lupa nak snap gambar. Lepas tu kami pergi tempat orang buat barang dari tanah liat (betul ke...hehe). Disini kami beli sikit souvenir bawa balik.





 
Lupa pula nak snap gambar souvenir yang berlambak. Maklumla tengah leka memilih nak beli yang mana..huhu :) Selesai di tempat ini, kami di bawa ke kedai tenun kain. Ha jangan tak tau perempuan di lombok kena pandai tenun kain kalau mau kahwin...kalau tak pandai tak boleh kahwin..gitu..


 
                                           Tekun en.suami mendengar penjelasan..:p

 
                                             Anak-anak kusyuk tengok apa orang tu buat.



                                        Ini adalah baju tradisi perkahwinan diorang. :)

Ok..dah selesai cuci mata dan lebur duit di sini, perut pun dah berdondang sayang. Apa lagi makan la. Di Lombok makanan halal senang didapati kerana majoriti penduduk disini islam berbanding di Bali. Saya tak ingat apa nama restaurant ni. bedal je...hehe


 
 
Selesai makan kami pergi berjalan di Pantai Kuta pula...jangan ingat Bali je ada Kuta. Lombok pun ada, lagi bersih dari Bali ;) Meh tengok gambar ye..




 
 
Ha cantik tak pantai...pasir di pantai ni kasar2 dan putih. Tenggelam kaki jalan kt pasir dia.. berbeza pula pasir di senggigi tempat penginapan kami, pasirnya halus dan hitam. Ok, selesai cuci mata di sini, kami pergi melawat ke kampung sasak pula. Yang ini kita cerita next entry ye. kampun sasak, lombok sekian..:)

1 comment:

bhoomi said...

Great work, I surprised to read post that are informative and actually have good content. Keep it up .... intraday tips