Life is like a camera ~~~
Focus on what's important....
Capture the good times....
Develop from the negatives...
And if things don't work out,
Take another shot ~~~~

Wednesday, April 27, 2016

Lost World of Tambun

Nak mai story pasal lost World of Tambun.

Ada apa kt sini? Area mana ni? dikesempatan cuti hujung minggu, leaya bawa anak jalan2 ke ipoh. Anak-anak leaya suka dengan air so tempat percutian kami mesti la yang boleh bermain air. Dari KL, tol jalan duta kami menuje ke ipoh. Tempat terletaknya Lost World of Tambun ni. Kami menginap di hotel Impiana ipoh yang ditempah melalui website Agoda.


Orang sibuk check-in, dia sibuk menyorok lak :p
 
 
IN-ROOM DINING MENU
                                    


 

Dari hotel ni ke Lost world of Tambun tak jauh pun dalam 15minit ja. Ini harga masuk pada tahun 2014 ya :) sekarang dah ada GST so harga dah lain. Masa leaya pergi, kedua-dua anak leaya dibawah 90cm so diaorang free admission.




Untuk tahun 2016 ni, korang boleh check dan book tiket di sini ticket. Dah banyak aktiviti yang ada disini tapi standby money la kalau nak explore everything :) Ok layan gambar dengan anak2 disana.

 
 
 





 


 

 
Ni aksi dah penat berendam. Sorang dah tewas and sorang lagi tak sabar nak naik train nak ke petting zoo.
 
 


 
 
Okay, habis second day di ipoh hanya berada di tambun sahaja. The next day before going back to KL, we olls terjah ke cameron highland coz only half and hour ja dari IPOH ni ke sana. Thanks sudi baca. see @ next entry :D




Wednesday, December 2, 2015

Kampung Sasak 'SADE' Lombok

ok kita sambung balik dari sini 2nd day Lombok . Lepas dah ke pantai KUTA, kami ke kampung suku sasak 'SADE' untuk melihat tradisi suku sasak di pulau lombok. Kampung Sade terletak di Desa Rimbitan, Kecamatan Pujut, Kabupaten Lombok Tengah. Sampai sahaja disini, dah ada guide yang tunggu. Diorang yang akan beri penerangan dan bawa kita pusing kampung. Bayaran seikhlas hati nak kasi berapa :). Dari penerangan yang di berikan, suku sasak adalah suku asli di pulau lombok ini. Selain Kampung Sade,  ada tiga desa yang masih mempertahankan budaya Suku Sasak, iaitu di Desa Bayan, Sade, dan Rambiten. Yang famous adalah Sade. Rambiten lebih dekat kalau dari Mataram. Kami cuma perdi Sade. Meh tengok gambar dulu.
 


Ini masa kami sampai, diorang tengah menari ke berlawan ke tak pasti tetapi di iringi dengan muzik. Menurut guide kami, pertunjukan ini bagi mencari siapa kuat. Sedikit info tentang tarian tersebut:

Tandang Mendet. Tandang Mendet adalah tarian perang Suku Sasak. Konon Tarian ini telah ada sejak zaman Kerajaan Selaparang. Tarian yang menggambarkan keperkasaan dan perjuangan ini dimainkan oleh belasan orang dengan berpakaian dan membawa alat-alat keprajuritan lenggap; kelewang (pedang), tameng, tombak. Tarian diiringi dengan hentakan gendang beleq serta pembacaan syair-syair perjuangan.

Ok, now dah selesai tengok persembahan mereka, kami dibawa mengelilingi kawasan kampung sasak ini... disini masih mengekalkan keaslian rumah kaum sasak sendiri.
 

ini tour guide yang bawa kami pusing kampung.


                          cara masyarakat sini cari pendapatan dengan tenunan kain


                                   keadaan dalam salah sebuah rumah sasak
 
Hokay, dah selesai kita pusing2...lapar balik lak perut ni..hari pun dah nak malam maka kami pun balik hotel je la p makan dekat CFC ala2 KFC :) Jalan kaki je dari hotel.
 


 
Selesai makan time tu sleep. esok mau ke pulau pula..naik boat. kene bangun awal. Next story continue Pulau Gili Trawangan pula for 3rd day lombok.